Friday 4 January 2013

Adobe Photoshop

PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP

          Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian suntingan imej (image editing software) yang membolehkan pengguna mengubahsuai sesuatu imej, gambar atau bahan visual ataupun mengolah kesan-kesan khas visual mengikut kreativiti masing-masing. Ianya merupakan antara perisian pengubahsuaian imej yang popular dikalangan jurugambar, pembuat iklan, pereka laman web, efek dalam wayang dan lain–lain.

Proses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah.

Proses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah. 


MENU BAR 

| MEMBUAT DAN MEMBUKA DOKUMEN
Untuk membuat sebuah fail baru, bina satu fail photoshop dengan menggunakan arahan FIle > New atau tekan kekunci Ctrl dan kekunci N pada papan kekunci serentak. Apabila tetingkap berikut dipaparkan, taipkan satu label atau nama yang tertentu pada ruangan nama. Label ini bertujuan untuk mengingatkan seseorang pengguna tentang isi kandungan yang berada  di dalam fail tersebut.


| MENENTUKAN RESOLUSION
Apabila membincangkan tentang resolusion pada sesuatu file atau imej, kita pastinya akan mengaitkannya dengan kualiti imej. Resolution diukur dalam bentuk “dot per inch” atau singkatannya dpi. Kualiti setiap imej ditentukan oleh saiz resolution yang dimilikinya. Lebih tinggi jumlah dpi yang disetkan maka lebih berkualiti dan cantiklah imej yang bakal terhasil.

Resolution :

·     72 dpi – laman web
·  100 dpi - 200 dpi – Untuk kualiti yang bagus (fine quality) bagi persembahan   digital yang profesional
·     300 dpi – percetakan / bahan penerbitan





| TOOL BOX
Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan tempat di mana terdapatnya koleksi ikon-ikon yang mempunyai fungsi  dan peranan yang tersendiri bagi pelbagai tujuan penggunaanya

Setiap ikon yang terdapat pada toolbox mempunyai pilihan menu yang tersendiri. Setiap ikon yang diaktifkan pada toolbox akan dipaparkan di dalam bar pilihan. Cara untuk mengaktifkan ikon-ikon yang terdapat pada toolbox ialah dengan mengklik pada ikon tersebut.

| LAYER
Layers merupakan lapisan berasingan yang membenarkan sebarang kerja olahan dilakukan ke atasnya. Jika anda pandai mengendali layers semasa mengolah kerja, maka anda mampu mengurangkan kesilapan yang tidak diingini berlaku pada lapisan kerja yang telah siap.

Layers juga boleh digambarkan sebagai konsep tindih-menindih di mana ia boleh digunakan sebagai salah satu effect untuk menghasilkan kesan khas visual yang lutsinar bertindanan.  Buka Window > Layer.


| HISTORY
Sekiranya anda ingin mencari balik langkah-langkah yang telah dibuat dan mengubahsuai apa yang telah diselesaikan terdahulu, tetingkap palet History adalah penyelesaiannya. Ia berfungsi untuk memegang maklumat mengenai kesemua langkah yang telah diambil. Buka Window > History   

| FILTER
Penuras (filter) merupakan salah satu kemudahan atau features yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.  Ia digunakan untuk memberi pelbagai kesan khas atau efek seperti Blur, Sharpen, Fine dan sebagainya pada suatu fail imej yang asal.

Secara asasnya Photoshop menyediakan beberapa kategori filter yang boleh terus digunakan.  Ia boleh di dapati menerusi pilihan filter dan bar menu, rujuk rajah di sebelah.





















No comments:

Post a Comment