Saturday 5 January 2013

Effects SUPERIMPOSE menggunakan Adobe Photoshop

Mula-mula pilih gambar yang bersesuaian


Buka satu fail baru dan masukkan gambar ke dalam. Di layer ini, klikkan ADD VECTOR MASK  gunakan BRUSH untuk memadam bahagian tepi gambar seperti ditunjukkan di bawah.


Kemudian pilih gambar seorang wanita yang bersesuaian untuk di tampal di atas gambar ekor ikan tadi. Sebelum itu flipkan gambar. Klik IMAGE>IMAGE ROTATION>FLIP CANVAS HORIZONTAL.


Gunakan quick seletion tool, klik pada latar belakang dan tekan ADD VECTOR MASK   untuk membuang latar belakang pada gambar wanita tadi (layer 2)


Tarik gambar dan letakkan pada kedudukan yang bersesuaian.



Naikkan layer wanita diatas layer ekor ikan (layer 1) dan padamkan menggunakan ERASER TOOL bahagian yang tidak diperlukan.


Masukkan latar belakang pemandangan laut (LAYER 3). Pastikan latar belakang laut ini terletak di layer yang paling bawah. Hasilnya seperti ditunjukkan di bawah.


Masukkan latar belakang pemandangan laut (LAYER 3). Pastikan latar belakang laut ini terletak di layer yang paling bawah. Hasilnya seperti ditunjukkan di bawah.













































Teknik Masking

Effects menggunakan teknik MASKING dalam Adobe Photoshop


Mula-mula pilih 2 gambar yang bersesuaian. Dengan menggunakan MOVE TOOL tarik foto A ke atas foto B.



Klik ADD VECTOR MASK dan pastikan di toolbar foreground colour telah disetkan bewarna hitam, manakala background colour bewarna PUTIH


Gunakan tool BRUSH dan padamkan pada bahagian yang hendak di masking sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. 

Sila lihat video di bawah .





Friday 4 January 2013

Adobe Photoshop

PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP

          Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian suntingan imej (image editing software) yang membolehkan pengguna mengubahsuai sesuatu imej, gambar atau bahan visual ataupun mengolah kesan-kesan khas visual mengikut kreativiti masing-masing. Ianya merupakan antara perisian pengubahsuaian imej yang popular dikalangan jurugambar, pembuat iklan, pereka laman web, efek dalam wayang dan lain–lain.

Proses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah.

Proses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah. 


MENU BAR 

| MEMBUAT DAN MEMBUKA DOKUMEN
Untuk membuat sebuah fail baru, bina satu fail photoshop dengan menggunakan arahan FIle > New atau tekan kekunci Ctrl dan kekunci N pada papan kekunci serentak. Apabila tetingkap berikut dipaparkan, taipkan satu label atau nama yang tertentu pada ruangan nama. Label ini bertujuan untuk mengingatkan seseorang pengguna tentang isi kandungan yang berada  di dalam fail tersebut.


| MENENTUKAN RESOLUSION
Apabila membincangkan tentang resolusion pada sesuatu file atau imej, kita pastinya akan mengaitkannya dengan kualiti imej. Resolution diukur dalam bentuk “dot per inch” atau singkatannya dpi. Kualiti setiap imej ditentukan oleh saiz resolution yang dimilikinya. Lebih tinggi jumlah dpi yang disetkan maka lebih berkualiti dan cantiklah imej yang bakal terhasil.

Resolution :

·     72 dpi – laman web
·  100 dpi - 200 dpi – Untuk kualiti yang bagus (fine quality) bagi persembahan   digital yang profesional
·     300 dpi – percetakan / bahan penerbitan





| TOOL BOX
Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan tempat di mana terdapatnya koleksi ikon-ikon yang mempunyai fungsi  dan peranan yang tersendiri bagi pelbagai tujuan penggunaanya

Setiap ikon yang terdapat pada toolbox mempunyai pilihan menu yang tersendiri. Setiap ikon yang diaktifkan pada toolbox akan dipaparkan di dalam bar pilihan. Cara untuk mengaktifkan ikon-ikon yang terdapat pada toolbox ialah dengan mengklik pada ikon tersebut.

| LAYER
Layers merupakan lapisan berasingan yang membenarkan sebarang kerja olahan dilakukan ke atasnya. Jika anda pandai mengendali layers semasa mengolah kerja, maka anda mampu mengurangkan kesilapan yang tidak diingini berlaku pada lapisan kerja yang telah siap.

Layers juga boleh digambarkan sebagai konsep tindih-menindih di mana ia boleh digunakan sebagai salah satu effect untuk menghasilkan kesan khas visual yang lutsinar bertindanan.  Buka Window > Layer.


| HISTORY
Sekiranya anda ingin mencari balik langkah-langkah yang telah dibuat dan mengubahsuai apa yang telah diselesaikan terdahulu, tetingkap palet History adalah penyelesaiannya. Ia berfungsi untuk memegang maklumat mengenai kesemua langkah yang telah diambil. Buka Window > History   

| FILTER
Penuras (filter) merupakan salah satu kemudahan atau features yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.  Ia digunakan untuk memberi pelbagai kesan khas atau efek seperti Blur, Sharpen, Fine dan sebagainya pada suatu fail imej yang asal.

Secara asasnya Photoshop menyediakan beberapa kategori filter yang boleh terus digunakan.  Ia boleh di dapati menerusi pilihan filter dan bar menu, rujuk rajah di sebelah.





















Lukis Geometri dan Organik

Asas seni bermula dengan garisan. Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu dimana Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Bermula seawal pelajar di tingkatan 1 guru pendidikan seni visual akan  mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Jenis-jenis garisan

Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan disambung hingga terbina satu objek.



Bermula dengan garisan bulatan dan menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala, ekor dan kaki maka akan terhasillah lakaran seekor burung.


Garisan juga terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. Contoh garisan pada benda buatan manusia seperti garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta dan sebagainya. Manakala contoh garisan pada alam semulajadi seperti garisan pada batu, haiwandan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.

Jenis-jenis garisan terdiri daripada:
  • Garisan halus
  • Garisan tebal
  • Garisan beralun
  • Garisan berpancar
  • Garisan berlingkar
  • Garisan berserabut
  • Garisan bersudut-sudut
  • Garisan bergerigi
  • Garisan berbiji
  • Garisan berbulu
  • Garisan putus-putus
  • Garisan berduri


Fungsi-fungsi garisan terdiri daripada:
  • Garisan menimbulkan rupa
  • Garisan menimbulkan bentuk
  • Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang
  • Garisan mewujudkan ruang
  • Garisan menghasilkan jalinan
  • Garisan menghasilkan motif pada reka corak
  • Garisan mewujudkan ton
  • Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid

Rupa merupakan:
  • Hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
  • Kawasan rata yang dilingkari garisan luar

Terdapat 2 jenis rupa yang terdiri daripada:
  • geometri - bersudut seperti segi tiga empat, pyramid, bulat dan sebagainya. Ianya dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.

  • rupa organik - rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, batu dan sebagainya. Ianya dihasilkan secara spontan.


  • Rupa positif dan rupa negatif - Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu, manakala rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.


Contoh kaedah melukis bentuk geometri:

Bentuk Sfera



Kaedah membentukkan bentuk-bentuk geometri kepada bentuk objek organik dan buatan manusia

Membentuk objek organik atau buatan manusia dari bentuk geometri sfera. Dari bentuk bulatan atau sfera sebagai bentuk asas, pelbagai objek organik atau buatan manusia dapat dihasilkan.  Contohnya bola, helmet dan buah tembikai.


                Dari bentuk kon sebagai bentuk asas, pelbagai objek organik atau buatan manusia dapat dihasilkan. Contohnya, topi, kon trafik dan pokok. 



                Dari bentuk kiub sebagai bentuk asas, pelbagai objek organik atau buatan manusia dapat dihasilkan. Contohnya, kotak dan hadiah. 




Teknik Cahaya dan Bayang

Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan bayang



Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut. Perhatikan aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan.


Kaedah meletakkan pencahayaan dan bayang pada lukisan geometri

Bentuk kiub



Bentuk piramid



Bentuk Silinder




Teknik Manipulasi bentuk geometri untuk menghasilkan kesan squash, stretch, bend dan twist dapat menghasilkan karektor yang pelbagai.




Sekian, terima kasih