Jenis-jenis garisan
Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka
wujudlah garisan. Garisan disambung hingga terbina satu objek.
Bermula dengan garisan bulatan dan menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala, ekor dan kaki maka akan terhasillah lakaran seekor burung.
Garisan juga terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia. Contoh garisan pada benda buatan manusia seperti garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta dan sebagainya. Manakala contoh garisan pada alam semulajadi seperti garisan pada batu, haiwandan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya.
Jenis-jenis garisan terdiri daripada:
- Garisan halus
- Garisan tebal
- Garisan beralun
- Garisan berpancar
- Garisan berlingkar
- Garisan berserabut
- Garisan bersudut-sudut
- Garisan bergerigi
- Garisan berbiji
- Garisan berbulu
- Garisan putus-putus
- Garisan berduri
Fungsi-fungsi garisan terdiri daripada:
- Garisan menimbulkan rupa
- Garisan menimbulkan bentuk
- Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang
- Garisan mewujudkan ruang
- Garisan menghasilkan jalinan
- Garisan menghasilkan motif pada reka corak
- Garisan mewujudkan ton
- Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid
Rupa merupakan:
- Hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Kawasan rata yang dilingkari garisan luar
Terdapat 2 jenis rupa yang terdiri daripada:
- geometri - bersudut seperti segi tiga empat, pyramid, bulat dan sebagainya. Ianya dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.
- rupa organik - rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, batu dan sebagainya. Ianya dihasilkan secara spontan.
- Rupa positif dan rupa negatif - Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu, manakala rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
Contoh kaedah melukis bentuk geometri:
Bentuk Sfera
Kaedah membentukkan bentuk-bentuk geometri kepada bentuk objek organik dan buatan manusia
Membentuk objek organik atau buatan manusia dari bentuk geometri sfera. Dari bentuk bulatan atau sfera sebagai bentuk asas, pelbagai objek organik atau buatan manusia dapat dihasilkan. Contohnya bola, helmet dan buah tembikai.
Dari bentuk kon sebagai bentuk asas,
pelbagai objek organik atau buatan manusia dapat dihasilkan. Contohnya, topi,
kon trafik dan pokok.
Dari bentuk kiub sebagai bentuk asas,
pelbagai objek organik atau buatan manusia dapat dihasilkan. Contohnya, kotak
dan hadiah.
Teknik Cahaya dan Bayang
Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan
bentuk objek yang dilukis.Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila
dimasukkan unsur cahaya dan bayang
Penggunaan kesan cahaya dapat memberi
mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut.
Perhatikan aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan.
Kaedah meletakkan pencahayaan dan bayang pada lukisan geometri
Bentuk kiub
Bentuk piramid
Bentuk Silinder
Teknik Manipulasi bentuk geometri untuk menghasilkan kesan squash, stretch, bend dan twist dapat menghasilkan karektor yang pelbagai.
Sekian, terima kasih
terima kasih, nota ini berguna untuk pdpr 👍👍😊
ReplyDeletejoya shoes 295l0ltawg112 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 538t6czcvu909
ReplyDelete