PENGENALAN ADOBE PHOTOSHOP
Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian suntingan imej (image editing software) yang
membolehkan pengguna mengubahsuai sesuatu imej, gambar atau bahan visual
ataupun mengolah kesan-kesan khas visual mengikut kreativiti masing-masing.
Ianya merupakan antara perisian pengubahsuaian imej yang popular dikalangan jurugambar, pembuat iklan, pereka laman web, efek
dalam wayang dan lain–lain.
Proses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar
di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools
yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools
ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon
dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan
mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala
kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah.
Proses pengubahsuaian sesuatu imej atau gambar
di dalam Adobe Photoshop banyak melibatkan penggunaan ikon-ikon dan tools
yang terdapat dalam perisian ini. Dengan menggunakan ikon-ikon dan tools
ini, pelbagai imej yang menarik dapat dihasilkan. Jadi untuk menggunakan ikon
dan tools bagi tujuan tersebut, adalah mustahak untuk anda mengenali dan
mengenalpasti terlebih dahulu ikon dan tools yang terdapat agar segala
kerja yang dilakukan menjadi lebih mudah.
| MENU BAR
| MEMBUAT DAN MEMBUKA DOKUMEN
Untuk membuat sebuah fail baru, bina satu fail photoshop dengan menggunakan arahan FIle > New atau tekan kekunci Ctrl dan kekunci N pada papan kekunci serentak. Apabila tetingkap berikut dipaparkan, taipkan satu label atau nama yang tertentu pada ruangan nama. Label ini bertujuan untuk mengingatkan seseorang pengguna tentang isi kandungan yang berada di dalam fail tersebut.
| MENENTUKAN RESOLUSION
Apabila membincangkan tentang resolusion
pada sesuatu file atau imej, kita pastinya akan mengaitkannya dengan
kualiti imej. Resolution diukur dalam bentuk “dot per inch” atau
singkatannya dpi. Kualiti setiap imej ditentukan oleh saiz resolution
yang dimilikinya. Lebih tinggi jumlah dpi yang disetkan maka lebih
berkualiti dan cantiklah imej yang bakal terhasil.
Resolution :
· 72 dpi – laman web
· 100 dpi - 200 dpi – Untuk kualiti yang bagus (fine quality)
bagi persembahan digital yang profesional
· 300 dpi – percetakan / bahan penerbitan
| TOOL
BOX
Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan tempat di mana terdapatnya
koleksi ikon-ikon yang mempunyai fungsi
dan peranan yang tersendiri bagi pelbagai tujuan penggunaanya
Setiap ikon yang terdapat pada toolbox mempunyai pilihan menu yang
tersendiri. Setiap ikon yang diaktifkan pada toolbox akan dipaparkan di
dalam bar pilihan. Cara untuk mengaktifkan ikon-ikon yang terdapat pada toolbox
ialah dengan mengklik pada ikon tersebut.
| LAYER
Layers merupakan lapisan berasingan yang membenarkan sebarang kerja olahan
dilakukan ke atasnya. Jika anda pandai mengendali layers semasa mengolah
kerja, maka anda mampu mengurangkan kesilapan yang tidak diingini berlaku pada
lapisan kerja yang telah siap.
Layers juga boleh digambarkan sebagai konsep tindih-menindih di mana ia boleh digunakan sebagai salah satu effect untuk menghasilkan kesan khas visual yang lutsinar bertindanan. Buka Window > Layer.
| HISTORY
Sekiranya anda ingin mencari balik langkah-langkah yang telah dibuat dan
mengubahsuai apa yang telah diselesaikan terdahulu, tetingkap palet History
adalah penyelesaiannya. Ia berfungsi untuk memegang maklumat mengenai kesemua
langkah yang telah diambil. Buka Window > History
| FILTER
Penuras (filter) merupakan salah satu kemudahan atau features yang terdapat di dalam Adobe Photoshop. Ia digunakan untuk memberi pelbagai kesan khas atau efek seperti Blur, Sharpen, Fine dan sebagainya pada suatu fail imej yang asal.
Secara asasnya Photoshop menyediakan beberapa kategori filter yang boleh terus digunakan. Ia boleh di dapati menerusi pilihan filter dan bar menu, rujuk rajah di sebelah.